Saturday, September 12, 2009

long journey to rembau N9

ari nih aku balik kg lg.
tgk nenek aku lg.
huhu
aku bertolak la dalam kul 6.30ptg..
aku nek lc arr.scooter ada kat kedah..kne ar nek moto abg aku..haha
tukar2.
sistem barter arr..

tp sblum aku gi kg...
aku gi la tgk adik aku ngan membe adik aku kat kedai mak dia...
Kedai Ani Sup Utara...
kedai nih kat bandar sri permaisuri..
dekat ngan tasik permaisuri..
kowrang datang arr..
aku jamin..

mmg terbaik dari ladang la sup dia..
pancut dalam nyer sup.
haha
maklum arr
resepi kedah mari..
sedap gila.
aku mkn sup dgn nasi..
laici kang.
mcm2 dia bagi aku..
huhu...aku lepak kat kedai dia dari kul 7 smpai la nk dkt kul 10 mlm..
aku bersembang ngan adik aku,membe adik aku..abg membe adik aku..
adik aku nama bella..membe dia nama ecah..abg ecah nma yasser..
huhu
td ada lak pengambaran kat kedai nih..pesal la aku lewat.
kalo x leh aku join.
haha
geram gler.
tp time aku lepak.
ada yg jaga bahagian production bayar kat kedai nih..
aku siap ckp.
akak.
kalo ada job bg la tau.
haha
dia ckp xda hal
haha
pastu aku pon gerak ar gi highway PLUS..
travel sorang2...

sambil aku travel aku nyanyi lagu kat dlm cite azroy
ku jejak..jalan yg berliku...(bajet2 merajok arr...hoik3...)
agak buhsan ar gak travel sorang2 nih...
aku pecut la sepanjang highway tuh 150 ke 170kmj..
tp meter lc arr..
lc standart..
smpai kat kg pon dlm kul 10.50mlm..
aku smpai2 aku tgk makcik aku dah ada kt kg.
aku pon hapy la..
ada gak peneman..
aku main la ngan anak2 dia.
kira spupu aku arr.
aku ajar diorang joget2 style pakcik aku.
haghah
sambil diperhatikan oleh sifu..
pakcik aku.
haha

nih kira tgh worming up la nk joget2.
haha
aku smpai2 tetiba aku dikejutkan oleh jeritan makcik aku.
aku ingat apa.
upe2nya dia ckp ada lipan.
aku pon gelak arr.
aku ingat kecik.
tp bile aku gi..
aku pon turut tekejut.
opocot mak ko..(buat2 tekejut la..nk jaga hati makcik aku..hahah)
besar gile lipan tuh
ganaz lak tuh
pakcik aku tgkap

aku tukang transfer tarok kat luar..
besar wei lipan tuh..aku pon tekejut..
aku letak kat luar la lipan tuh..
bg dia mati sendiri.
bahaya woo.
bile aku pandang lipan tuh..
aku teringat cara2 kucing aku mati..
disengat lipan.
ko bayang la.
kucing aku mati atas riba aku..
aku meraung kaw2.
sedey siot.
nih pon aku rasa nk nangis bile terkenang kan peristiwa tuh..
kucing...
aku harap ko doa2 kan aku yek..
tp yg lepas hari dibiarkan pergi.
kita harus trus meneruskan kehidupan nih..

aku keluar aku lepak2 la hirup suasana malam kat kg aku..
syok siot.
lg2 depan kubo.
syahdu jek bile teringatkan mati..
bila la turn aku lps nih..
xpew la.
janji aku kne bersedia menghadapi kematian,..
setiap manusia pasti merasa mati..
adeh
paklong aku dah ajak bersyair la plak.
aku nk gi layan dia dlu.
hahah
chow2.
salam..

Thursday, September 10, 2009

dugaan³

ari nih...
aku nk luahkan kisah sedih aku..
yg berlaku dalam 3hari berturut²..
aku tau..
semua nih berlaku...sbb salah aku sendiri...
terhadap tuhan..
terhadap seseorang..
terhadap sesiapa ja..yang mungkin aku sedari atau x..
cite nye mcm nih...
ari sabtu hari tuh...
kira sabtu minggu lepas arr.
aku x datang keja..
bkn aku xnk datang.
tp keadaan yg memaksa aku utk x datang...
ari isnin company aku cuti..nuzul quran...
ari selasa la bermula segala2nya..
aku dipanggil big boss...
bertnyakan hal aku..
knp itu..knp ini..
knp x dtg la..mcm2 dia soal..
aku pon jawab la...
bile dah kuar tuh aku ingat setel arr..
nsb bek bigg boss aku nih phm situasi aku..
tp bile besoknya..
bini boss tuh..kira big boss no 2 aku arr..
dia tnya MC mna?
sbb x dtg..
aku pon ckp la.
big boss x bg tau kew?
dia ckp x..
aku ckp arr.
aku bkn x nk datng.
tp sebab mslh yg mmg aku x dpt nk elakkan..
dia melenting..
dia kata polisi syarikat la..
polisi practical la..
apa la...
mcm2.
seolah2 xnk bg chance skit pown kat aku..
aku pon x tau apa yg disakitkan hati kat aku nih..
aku x kesah la dia nk ngada2 ke..apew kew..
tp tlg la faham aku...
situasi aku.
aku bkn xnk dtg..
xpa la.
aku biar jek la dia marah aku.
aku sabar..
sabar..
sabar..
biar jek dia ckp sorang²..
pastu khamis..ari nih la..
aku kne marah lg dgn boss aku..kira penyelia aku..
upe²nya..
si big boss 2 aku nih ngadu mcm2 kat semua rangkaian boss² aku kata aku nih kuang ajo..
itu la..ini arr.
aku pon heran..
aku rasa x buat salah pon
tinggi kan suara pon x..
tp apa mslh dia.
aku pon menjawab la lg..
itu ini kat boss aku
xpa la
nsb bek dia phm aku..
kalo ikotkan ptg nih..
company aku wat majlis berbuka puasa kat putrajaya..
aku rasa malas jek nk gi..ilang trus mood aku..
aku pown xtau..
tp aku terpaksa pergi..
pasal menghormati diorg..
aku nih jahat kew arr?
sampai ada jek yg x puas hati ngan aku??
hmm..
Ya ALLAH..
kurniakan lah hambaMu ini ketenangan,kesabaran,kekuatan iman dan takwa..
dalam menghadapi hari² yg mendatang..
serta dugaan yg mendatang..
agar hambaMu ini..
trus merasa nikmatnya dugaan yang diberikan utk memastikan diriku sentiasa dekat padaMu...
berikanlah kekuatan padaku untuk memaafkan segala kesalahan yg dilakukan terhadap diriku..
agar mereka trus dapat menerima taufik dan hidayahMu supaya tidak lagi melakukan perkara sedemikian keatas orang yg lain..
hindarilah diri mereka dari menjadi golongan2 yang bakhil,zalim,dan kejam..
tukarkan lah sifat2 itu menjadi sifat yang boleh membawa kebaikan yang menyeluruh kepada semua orang..
amin..Ya Rabbal a'lamin...

Tuesday, September 8, 2009

pose yg ke 18 ramadhan 1430...

ari nih aku terlewat lak bgn sahur.
adeh..
azan kul 5.50..
aku bgn 5.49..
apew kejadahnya.
haha
tiket bas aku dah beli dah..
dapat la jgk dalam 16 ari bulan..
kul 4.30..nek kat pudu..
huhu
kne mintak hari rabu tuh half day arr.
kalo x
aku ponteng arr..
huhu
yeye..
leh jmpew maka abah aku.
huhu..
tggu jubel mak abahhhhhhh!!!.
huhu.
nk raye puas2..
nk ilangkan rindu kat parent aku.
nnti balik aku nk tido bwh ketiak diorng.
biar ar apa org nk kata.
haha
kowrang dengki ar tuh sbb x leh bau ketiak parent kowrang
hahah.
skng nih aku tgh blaja gitar..
tgh nk lembutkan jari2..
ye la
nk main gitar jari kne lembut.
tp bkn maknyah awwwww tuh.
haha
jari jek
bkn benda len
hahah.
aku blaja nih pon sbb utk seseorang yg special kat hati aku...
special sgt2.
rasa xnk berpisah.
aku nk blja bg power.
pastu aku nk men dpn owg tuh
kowrang agak sape ek.
mesti kowrang agak buah hati aku kan???
aku nk main kat depan nenek aku
nk goreng2 kat depan dia lagu lama2.
penawar rindu kew.
ala.
lagu lma2.
40-50an nyer.
haha
pastu aku nk paksa nenek aku main gitar.
aku ajar.
haha
mesti gempak
leh wat band past tuh..
nenek aku bg men bass jek
aku men gitar..
paklong aku yg x bp nk sihat tuh aku bg jd penyanyi.
pasal dia leh menyanyi smbil joget.
cakpong2.
hahah..
drum aku nk bg sape ek..
hmm..
memikir nih..
haaa.
ape lg.
aku suh la tok imam kg aku main drum,.
gempak2.
haha
pastu nk buh mna team apew ek?
erkk..
ottsd ok kot??
xpon..
otyg...
ottsd tuh = org tua tak sedar diri..
haha
kalo otyg tuh = org tua yang gatal...
hahahah
gempak2.
aku leh join pakcik2 nyer band.
hahahaha jd tua la nmpak nya aku.
huhu

Monday, September 7, 2009

kenalilah RASULULLAH kita..

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN


· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN


· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN


· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN


· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN


· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN


· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN


· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN


· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN


· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Doakan aku sahabat, mati dalam iman, mati dalam keadaan buat usaha atas iman, mudah-mudahan dengan sedikit pengorbanan kita buat usaha atas iman, lalu Allah yang Maha Melihat tahu siapa kita, Allah yang Maha Mendengar tahu apa yang kita bisikkan, dan Allah yang Maha Mengetahui tahu keinginan kita, mudah-mudahan, Allah matikan kita semua dalam keadaan beriman pada Allah..
dan doakan aku juga wahai sabahat agar aku berjaya di dunia dan diakhirat..
Amin...

sahur untuk hari yg ke 17 ramadhan

hari nih aku cootey...
kan selangor cuti sbb nuzul quran..
so
leh ar aku rest2 kan diri.
ingat nk gi beli tiket ari nih...
xtau ar ada lg kew x tiket bas.
kalo x da naik kretapi la gamaknya.
huhu..
sabtu ari tuh aku cootey..
sdp badan la plak.
so
kira2 3 hari gak la aku cootey.
bile la nk jmpew mak abah nih
hehe
rindu sama scooter aku lohhh..
sama vespa yg ku tinggalkan kat pomen bg jaga elok2.
erm...
smlm lps isya'..
aku msg2 membe2 aku jap.
leh lak tertido.
adeh
sengal gler.
bangun la dlm kul 3.30am..
so
ape lg
bkk tenet arr.
ari nih aku sahor oat jek.
pasal perot aku meragam arr.
mcm ada angin jek
senak siot
kentot xpyh cite ar smpai aku rasa mcm dah tergincit pon ada.
semak punyer semak..
xda pon.
hahahaha
pengotor siot aku nih.
hahah
aduh
sape2 leh tlg belikan ino kat kedai aceh kat bwh lrt taman melati.
adeh
satu2nya kedai biasa yg bukak 24jam..
mcm 7-e
tp nih 7-a..
7-aceh
hahaha
doa2kan la tiket masih ada..
wei.
nnti raya jmput2 la datang umah aku.
tp yg pose full jek la.
yg x full aku suh makan kat luar.
hahaha
aduh
terkentut la plak..
jgn masok blogger dah arr.
hehe
nk mengadu pasal bos aku pon aku rasa dah maleh.
ade jek yg dengki kat aku
xpuas hati ngan aku.
aku pon x phm arr.
tp xpew ar
nnti2 ar aku cite.
tp yg penting
lps raya..
mmg aku chow dari syarikat dia tuh....

Tuesday, September 1, 2009

dugaan untuk aku..

ari nih aku masok keja balik..
aduh...letihnyaa..
ALLAH sj yg tahu..
mungkin ini akan menjadi titik perubahan dlm idup aku..
aduh..
sedihnya rasa..dpt boss yg tah la.
aku xleh nk describe..
aku nih practical..,
DIPLOMA MECHANICAL ENGINEERING..
tp pesal aku kne wat kja2 DESPATCH??
aduh..
aku pon rasa mcm nk blah jek.
ko bnyg arr
jue kata kat aku...(jue nih budak lma kat situ)
dia kesian tgk aku...
pasal keja trok sgt
tp elaun..
mcm nk menindas pekerja..
aduh..
cmne la org melayu nk berjaya bila melayu tindas melayu??
aku keja terok2..
tp aku dpt RM250 jerk
bkn nk demand..
tp kne la sesuai dgn tenaga yg aku keluarkan.
despatch dlu pon gaji basic pon RM800..
blom elaun lg...
aku nih???
yg keja mcm nk haram.
hujan ke panas ke diorng x kira janji benda tuh hanta...
dapat 250
aku agak gaji pakistan kedai sebelah lg mahal la..
td aku gi sunway,wangsa maju,daya bumi kat pejabat pos besar tuh...
dalam ujan2..
sikit pon diorg x pndang..
dah ar sblm hanta diorg siap marah2 aku...
kata aku main2 la..
xserius la..
cbe korng pikir..
aku nk anta benda tuh awal..
diorg suh wat mcm2..
pastu hamun aku..
aku redha jek la.
aku masih mampu tersenyum..
aku terpikir,,,
mcm nih melayu nk berjaya???
btol kata tun mahathir.(ini bukan politik)
melayu mudah lupa,alfa,lalai bile dah dikemuncak..
bangsa sendiri dipijak2..
xpnh ke diorg pikir masalah au??
daya aku??
tau main arah jek..
selagi aku mamppu bersabar.
aku akan berusaha untuk bersabar..
ya ALAH...kukuhkan lah kesabaran hambaMU yg hina lagi keji ini....
Ya ALLAH..
tunjukkan lah cahayaMU..
selamatkanlah hamba2MU..
sedarkanlah BOS aku...
mungkin dengan sedikit dugaanMU dapat menyedarkan mereka..
untuk kembali padaMU..
Ya RABBI..
tunjukilah mereka dgn cahaya petunjukmu..
agar mereka terus berada dalam landasanMU ya ALLAH,Ya RAHMAN,ya RAHIM...
amin ya rabbala'lamin...