Monday, December 10, 2012

warkah zaujah pada zauj...


cinta.. kau hadir tidak ku duga
mencari pemilik yang sebenar2 cinta
siapakah dia yang berhak memilikinya
adakah ia imam yang membawa ku kesyurga
atau sebagai perosak membawa ku keneraka
cinta indah sebenar2 kata
cinta bahagia sebenar2 rasa
jika itu datangnya dari bahagia
yang lahir dari keikhlasan jiwa
manakah dia pemilik cinta
yang datang menemui kekasih jiwa
marilah bersama menggapai bahagia
berlandaskan apa yang di ajar agama
miliki la daku dengan seikhlas ada
dan bawaku bersama menggapai syurga
cinta
dimana kau berada
jemput la daku yang sedang mengembara
mencari hakiki disebalik apa yang ada
iaitu Allah yang maha kuasa
Ya rabb inikah yang dinamakan cinta
cinta yang ku cari sekian lama
cinta yang hadir bkn sekadar nama
ataupun rupa yang bermacam cara
inilah cinta pada yang esa
tiada akhir tiada luputnya
kukuhkanla cinta didalam jiwa
agar kekal daku disana

Cinta umpama air yang mengalir..
Ditahan merana diri..
Jika diikut kita hilang punca..
Derasnya tidak terduga..
Tenangnya dia sapa yang sangka..
Apa yang tersurat didalamnya..
Dan apa yang tersirat di luarannya..
Arahlah cinta kita kepada Allah..
Umpama air yang diarahkan..
Walau banyak rintangan ia pasti capai pada akhirnya..
Sebegitu la cinta kita..
Jika dididik agar mencintai Allah maka akhirnya..
Allah akan membalas cinta itu dengan kegembiraan
ketenangan dan kebahagiaan..
Cinta itu penuh misteri..
Seperti rahsia Allah yang tersembunyi

wahai bakal pemilik hatiku
sudikah kau membawa diriku
menggapai syurga yang indah selalu
bersama bahagia yang diciptakan dahulu
wahai bakal imam dalam hidupku
didiklah aku menjadi bidadarimu
berlandaskan agama dan sunnah utk diriku
berikah bahagia yang ku damba selalu
agar kebahagiaan mekar merindu
untuk bekalan di akhir waktu

2 comments: